Selasa, 29 Januari 2019

PENYAKIT ROHANI : MENGUMPAT

PENYAKIT ROHANI : MENGUMPAT 

Mengumpat merupakan satu sifat yang tercela dalam Islam. Perbuatan mengumpat bermaksud menceritakan keburukan peribadi dan tindakan seseorang kepada orang lain yang tidak disukainya.
Hal ini dilakukan secara sengaja dan disedari oleh seseorang yang suka mengumpat kerana tidak dapat menjaga dan mengawal lisannya daripada membincangkan peribadi dan sifat kelemahan orang lain.



Pada hakikatnya, perbuatan mengumpat adalah perbuatan atau amalan orang yang tidak beriman dan berhati busuk. Oleh itu, Islam melarang keras umatnya mengumpat terhadap sesama Muslim kerana perbuatan ini boleh mendatangkan akibat buruk.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat ke 12 :

"Hai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka (sesama Muslim) kerana sebahagian buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari aib orang dan jangan pula sebahagian  kamu mengumpat yang lain."

Rasullah S.A.W bersabda :

"Ghaibah ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya."

(H.R Muslim)

Orang yang mengumpat itu diumpamakan sebagai orang yang memakan daging bangkai sendiri. Perbuatan mengumpat boleh menyinggung perasaan, hati dan kehormatan orang lain. Rasulullah S.A.W melarang umatnya mengumpat kerana boleh menimbulkan permusuhan dan pertelingkahan antara satu sama lain.

Rasulullah S.A.W Bersabda:

"Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah marah-memarahi, janganlah tambah-menambah pada jual beli dan janganlah belakang-membelakangi serta janganlah mengumpat satu sama lain. Kamu semua ialah hamba Allah yang bersaudara."

(H.R Bukhari dan Muslim)

HUKUM MENGUMPAT 



Hukum dalam Islam ialah haram kerana kesan daripada perbuatan ini banyak menimbulkan sangkaan buruk dan fitnah terhadap orang lain sama ada melalui hati atau lisan. Hasan al-Basri berkata, " Demi Allah, Mengumpat itu mempunyai pengaruh yang lebih cepat pada agama seorang mukmin daripada pengaruh sekali makan dan tubuh".


PUNCA PERBUATAN MENGUMPAT

Menurut Imam al-Ghazali, punca mengumpat terbahagi kepada 11 jenis, lapan daripadanya terjadi dikalangan orang awam dan tiga daripadanya dikalangan agama dan orang khusus. Diantaranya:

1) Untuk meredakan kemarahan.

2) Digemari dan sesuai dengan para sahabat.

3) Adanya kesaksian terhadap umpatannya dan melepaskannya.

4) Menafikan tindakan terhadap orang lain.

5) Membanggakan diri.

6) Dengki.

7) Bermain, bergurau senda, dan menghabiskan waktu dengan ketawa yang sia-sia.

8) Menghina dan mempermainkan orang.

9) Taksub menentang kemungkaran dan kesalahan pada agama.

10) Berdukacita disebabkan bencana menimpa seseorang.

11) Marah kerana Allah Taala:

Islam juga membolehkan mengumpat terhadap orang lain dengan sebab-sebab tertentu. Menurut Imam al-Ghazali, umpat itu boleh dilakukan hanya kepada enam perkara sahaja antaranya:

Dalam hal penganiayaan atau kezaliman.

Firman Allah :

" Allah tiada mengasihi mengeraskan perbuatan jahat kecuali bagi orang teraniaya. Allah Maha Mendengar lagi maha mengetahui."

(Surah an-Nisa' : 148)

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya yang punya hak itu mempunyai perkataan (berhak berbicara)"

(H.R Bukhari dan Muslim)


Rujukan : Penyakit Rohani dan Rawatan dalam Islam, DRS. Hanafi Mohamed.

PENYAKIT ROHANI : MENGUMPAT

PENYAKIT ROHANI : MENGUMPAT  Mengumpat merupakan satu sifat yang tercela dalam Islam. Perbuatan mengumpat bermaksud menceritakan keburuka...